I made this widget at MyFlashFetish.com.

Askm..khas untuk yang baru nak cuba

Beutskin Essence

WangiBeuty Offer 1 kotak RM215.00 Free Post termasuk daftar ahli..

Terbuka kepada 100 pelanggan

Untuk pembelian? Isi order form atau Email iloveperfume@ymail.com

Mobile Stokis Beutskin Essence & Produk SNE diperlukan seluruh Malaysia.

Berminat?? Email iloveperfume@ymail.com

Sunday 13 November 2011

AWAS : Kelemahan produk-produk pemutih di pasaran!!

Kulit yang kasar dan menggeleber, hilang keanjalan, kusam dan kekuningan serta berpigmentasi tidak dapat ditutup walau dengan penggunaan kosmetik yang paling mahal sekalipun. Walaupun baru mencecah usia 30 tahun, kulit sesetengah wanita sudahpun kelihatan kusam, pucat dan tidak bermaya.

Selepas melahirkan anak, sesetengah wanita mungkin akan mula mengalami bengkak di bawah mata, payudara yang melendur, kulit yang menggeleber dengan lemak berlebihan dan susuk tubuh yang tidak menarik. Perut buncit juga mungkin lebih ketara sejurus selepas usia mencecah 40 tahun.

Cakar gagak akan mula muncul pada sudut mata, kulit akan menjadi kasar, pucat dan kusam dan tubuh kita mengalami proses penuaan setiap hari. Pening dan sakit kepala, palpitasi, insomnia dan tidur yang tidak nyenyak kerana sering diganggu igauan dan juga membuatkan seseorang mudah naik angin.

Setiap wanita seboleh-bolehnya ingin menangguhkan proses penuaan. Dalam usaha awet muda mereka ini, kebanyakan wanita memilih untuk menggunakan produk penjagaan kulit dan kosmetik yang paling mahal, namun hasilnya kerap kali mengecewakan walaupun jumlah wang yang banyak telah dibelanjakan. Sesetengah masalah pula menjadi lebih teruk selepas menggunakan produk-produk tersebut. Apakah sebabnya yang sebenar?

Peringatan dari para pakar tentang produk-produk pemutih yang terdapat di pasaran :

Produk pemutih yang bertindak dengan pantas
Secara amnya, produk-produk ini mengandungi agen pengelupas kulit yang bertindak dengan menanggalkan lapisan atas kulit dengan serta-merta agar kulit tampak putih berseri. namun begitu, ia juga akan merosakkan dan menipiskan lapisan keratin kulit, seterusnya menyebabkan kulit menjadi sensetif. Apabila struktur kulit terjejas, ia akan berubah menjadi lebih gelap dengan pigmentasi yang kembali berulang dan kedutan yang semakin bertambah. Ini lazimnya terjadi akibat pengumpulan bahan-bahan berbahaya dalam produk-produk pemutih tersebut pada kulit dan sistem saraf, contohnya bahan-bahan kimia seperti plumbum, raksa dan sebagainya yang bertindak dengan merencatkan penghasilan melanin untuk sementara waktu sahaja bagi memutihkan kulit. namun dengan penggunaan yang kerap dan berterusan, bahan-bahan berbahaya ini akan memudaratkan kesihatan dan juga mengakibatkan penuaan pramatang. Dalam kes yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan kanser kulit.

Rawatan pembaharuan semula kulit denagn AHA bagi memutihkan dan menghilangkan tompok-tompok
Rawatan pembaharuan semula kulit denagn AHA berupaya menghilangkan pigmentasi pada lapisan epidermis untuk mencerahkan kulit. Namun, ia tidak berkesan untuk pigmenatsi yang terletak pada lapisan kulit yang lebih dalam (lapisan basal) atau lapisan dermis kulit. Selain itu, asid hidroksi alfa berkepekatan tinggi juga akan merosakkan lapisan permukaan kulit, mengurangkan ketahanan kulit dengan ketara dan menyebabkan kulit mengalami penyahhidratan yang serius. Akibatnya, kulit menjadi lebih sensetif serta bertompok-tompok dan proses penuaan semakin menular.

Pemutihan dan penghapusan tompok dengan suntikan
Pemutihan dan penghapusan tompok-tompok dengan suntikan adalah salah satu kaedah untuk mencantikan dan menghilangkan tompok-tompok yang sangat popular di peringkat antarabangsa dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya di Jepun dan Korea. Walaubagaimanapun, ia sangat mahal dan suntikan perlu dilakukan berulangkali setiap tahun dan biasanya menelan belanja antara RM10,000 hingga RM100,000 ke atas. Walaupun ia memberikan kesan yang menakjubkan dengan menambahkan semula khasiat yang diperlukan oleh tubuh, ia juga berupaya menghalang fungsi-fungsi pemulihan semulajadi tubuh. Proses penuaan menjadi lebih pantas sebaik sahaja rawatan ini diberhentikan.

Laser Fototerapi
Laser Fototerapi boleh mengurangkan melanin pada permukaan atau lapisan kulit yang lebih dalam atau mengelakkan melanin daripada meresap ke permukaan atas kulit untuk mencerahkan dan menghilangkan tompok-tompok. Walau bagaimanapun, ia tidak akan mengatasi masalah sebenarnya yang menjejaskan fungsi tubuh dan ia juga tidak dapat menghentikan penghasilan dan peresapan melanin dalam lapisan bawah kulit. Oleh itu, laser fototerapi perlu dijalankan untuk jangka masa  yang panjang kerana tompok-tompok itu akan muncul semula sebaik sahaja rawatan dihentikan.





No comments:

Post a Comment